PENGAJARAN
Pengajaran yang kita peroleh daripada tajuk Perlembagaan Malaysia adalah permuafakatan antara kaum melayu dan bukan melayu untuk mencapai kemerdekaan dengan jayanya sebelum hari kemerdekaan.Kita tahu bahawa permuafakatan adalah aspek penting dalam keharmonian dan perpaduan kaum yang melibatkan 5 elemen utama yang dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Iaitu Islam sebagai agama persekutuan, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak istimewa orang melayu dan bumiputera, kedudukan institusi raja dan kewarganegaraan mengikut hak jus soli.Namun demikian, tidak mustahil bahawa subjek Pengajian Malaysia adalah subjek penting di seluruh Politeknik di Malaysia atau tempat pengajian kerana sebagai rakyat Malaysia kita mesti memupuk sikap keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama. Serta minat terhadap pembelajaran subjek Sejarah atau Pengajian Malaysia dikalangan pelajar atau orang dewasa. Secara tidak langsung kita mendapat ilmu yang baharu.
Selain itu, pengajaran kedua ialah seseorang perlu mempunyai jati diri yang kuat dalam diri mereka. Dalam hal ini merujuk kepada peristiwa penubuhan Malaysia walaupun terpaksa mengharungi pelbagai tentangan dan halangan untuk memerdekakan Tanah Melayu tetapi tetap diteruskan. Contohnya, peristiwa darurat iaitu pemberontakan Parti Komunis Malaya terhadap pentadbiran British di Tanah Melayu. Selama 12 tahun pemberontakan bersenjata oleh PKM mengakibatkan keadaan huru-hara. Kegagalan PKM memberi ruang untuk menikmati kemerdekaan dari pentadbiran British. Biarpun peristiwa penting ini berlaku berpuluh tahun yang lepas tetapi parut dan lukanya masih dirasai. Maka oleh itu, penting kepada mereka pada hari ini merenung kembali peristiwa yang berlaku agar memberikan pengajaran kepada generasi akan datang.
No comments:
Post a Comment