Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan dan prinsip yang bertindak sebagai dasar kepada pembentukan kerajaan dan menjadi panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dalam pentadbiran negara. Perlembagaan bentuk bertulis merupakan prinsip-prinsip perlembagaan yang dikumpul dan dikanunkan dalam satu dokumen manakala tidak bertulis adalah perlembagaan yang tidak dikanunkan di dalam satu dokumen.
Apakah Perlembagaan Malaysia ? Perlembagaan Malaysia dikenali
sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
diperkenalkan buat kali pertama pada 31 Ogos 1957. Kemudian, diperkenalkan
sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Jadual susunan Perlembagaan |
Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang tertinggi
serta menjadi rujukan pentadbiran negara. Ia digubal berasaskan Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perjanjian Kemerdekaan 1957. Perlembagaan
Persekutuan yang asal mengandungi 14 bahagian dengan 181 perkara kemudian
pada tahun 1984, telah menambah 1 lagi bahagian dengan 2 perkara, Kini,
Perlembagaan Persekutuan mengandungi 15 bahagian, 183 Perkara dan 13
Jadual.
Sebagai contoh, Perlembagaan Persekutuan menyentuh bidang kuasa
kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, bentuk dan tugas YDPA, parlimen,
Kabinet, badan kehakiman, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan agama
islam, kedudukan istimewa orang melayu, kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak,
Perkhidmatan awam, hak asasi dan pilihan raya.
Apakah Penggubalan Perlembagaan? Pada tahun 1954, rundingan
kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman di London telah
gagal dan menganggap Tanah Melayu belum bersedia diberi kemerdekaan. Pada
Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengadakan rundingan di London buat kali
kedua terhadap rundingan berkenaan tarikh kemerdekaan untuk negara serta membincangkan penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Seterusnya, rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956 dan dikenali sebagai London Constitutional Conference 1956. Hasilnya adalah British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu serta menubuhkan Suruhanjaya bebas untuk membentuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Ahli- ahli Suruhanjaya Reid |
Pada Mac 1956, Satu Suruhanjaya Perlembagaan telah ditubuhkan untuk
merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Iaitu Suruhanjaya Reid. Siapakah
yang mengetuai Suruhanjaya Reid ? Suruhanjaya Reid diketuai oleh Lord
William Reid (Hakim Mahkamah Rayuan England) dan dianggotai oleh
empat orang ahli iaitu dari negara komenwel Sir Ivor Jennings (ahli
akademik dari Britain), Sir William Mckell (ahli politik dari
Australia) Tuan B.S Malik (Ketua HakimMahkamah Tinggi India),
dan Tuan Abdul Hamid (Hakim Mahkamah Pakistan) Anggota
Suruhanjaya Reid telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja dan Menteri Perikatan.
Tanggungjawab yang dilaksanakan :-
- Memeriksa perlembagaan di Tanah
Melayu.
- Mengambil kira kedudukan Raja
Melayu.
- Syor supaya perlembagaan persekutuan
berasaskan demokrasi berparlimen.
- Mempunyai 2 dewan perundangan dengan
peruntukan.
- Kerajaan pusat yang kuat.
- Memelihara kedudukan dan martabat
Raja Berpelembagaan.
- Memilih seorang ketua negara (YDPA)
dalam kalangan raja-raja Melayu.
- Menjaga kedudukan istimewa
masyarakat melayu serta hak-hak sah kaum lain.
Pada Mei 1956, Lord Reid melawat Tanah Melayu dan pada Jun 1956 untuk
memulakan tugas mereka. Berapakah pertemuan yang telah diadakan? Pertemuan
diadakan sebanyak 118 antara Jun dan Disember 1956 dan 131
memorandum telah diterima daripada pelbagai pihak seperti Raja-Raja
Melayu, Parti politik, Pertubuhan dan orang perseorangan.
Pengerusi Ahli Jawatankuasa : Sir Donald MacGillivray ( Pesuruhjaya Tinggi British) |
Wakil Raja-raja Melayu |
Pada Februari 1957, draf pertama syor perlembagaan dan laporan yang
diumumkan oleh Suruhanjaya Reid telah mendapat maklum balas meluas
daripada pelbagai pihak. Suruhanjaya Reid mengetepikan syor dan tuntutan
daripada orang melayu dan pertubuhan-pertubuhan melayu yang berkaitan
dengan kerakyatan, bahasa, agama dan hak istimewa orang melayu.
Kelebihan untuk kaum orang bukan melayu yang menuntut hak
persamaan dengan orang melayu. Isu yang mendapat perhatian ialah dua
kerakyatan kepada rakyat komenwel dan kerakyatan jus soli berdasarkan jus
soli semua kaum akan mendapat sama rata dan hal ini akan melemahkan kedudukan
orang Melayu.
Apakah tugasan bagi jawatankuasa kerja ? tugasnya
adalah memastikan bahawa perlembagaan baharu yang digubal bersesuaian
dengan bentuk pemerintahan di Malaya dan tidak boleh mengubah
struktur umum draf perlembagaan yang diasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1948. Pertemuan sebanyak 23 kali diadakan iaitu pada 22
Februari hingga 27 April 1957 untuk membentuk draf Perlembagan. Contoh isu
dibincangkan isu kerakyatan, agama, hak istimewa orang melayu dan bahasa
melayu.
Apakah konsep keluhuran Perlembagaan ? Keluhuran
Perlembagaan merupakan prinsip rukun negara ke-3 yang bermaksud ketinggian
perlembagaan atau ketertinggian. Undang-undang kedudukanya terletak
sebagai undang-undang tertinggi dan menjadi sumber kepada semua
undang-undang YDPA serta sistem pemerintahan kerajaan yang terdiri
daripada badan perundangan, kehakiman dan eksekutif. Badan kehakiman ialah badan
yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan ketertinggian
Perlembagaan Malaysia.
Apakah tujuan perlembagaan ? Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen penting di Malaysia. Tujuan Perlembagaan adalah seperti berikut:
Kesimpulanya, Perlembagaan Malaysia merupakan asas penting dalam undang-undang negara. Tanpa perlembagaan, sistem
pemerintahan dan kawalan sukar
dilaksakan. Hal ini bertunjangkan kepada pembentukan awal perlembagaan yang
mendapat persetujuan orang ramai. Malah jika dilihat, sebenanrnya perlembagaan
merupakan dasar kepada pembentukan demokrasi berparlimen di Malaysia. Maka
dengan itu diharapkan setiap warganegara sama ada pemerintah dan rakyat
mendapat hak masing-masing.
Apakah tujuan perlembagaan ? Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen penting di Malaysia. Tujuan Perlembagaan adalah seperti berikut:
- Mewujudkan pemerintahan yang adil sebagai contoh perlembagaan persekutuan digubal berdasarkan tolak ansur dan permuafakatan kaum. Selain itu, memastikan keadilan ekonomi antara kaum tetapi turut memelihara hak istimewa orang melayu serta bumiputera Sabah & Sarawak.
- Mengelakkan penyalahgunaan kuasa serta mengawal pergerakkan
kerajaan dan rakyat. Contohnya : Perlembagaan persekutuan merupakan
panduan dalam pemerintahan dan tindakan pemerintah adalah berdasarkan
kepada perlembagaan. Selain itu, menjelaskan bidang kuasa pemerintahan
yang menjamin kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan.
- Menjaga keamanan dan kestabilan negara. Sebagai contoh,
sekatan-sekatan dalam perlembagaan yang membantaskan kebebasan individu
akan menjamin keamanan dan kestabilan negara serta mengekalkan perpaduan.
Disamping itu juga, rakyat mendapat jaminan undang-undang serta tiada
diskriminasi dalam perlembagaan.
- Alat rujukan bagi menyelesaikan masalah. Untuk pengetahuan kita
hukuman kepada individu yang melakukan kesalahan adalah dirujuk dalam
perlembagaan dan menjadi rujukan tertinggi dalam undang-undang yang
bertentangan.
- Mengekalkan identiti negara/ menjamin keutuhan dan kedaulatan negara. Contohnya, unsur-unsur tradisi dan perkara utama dalam perlembagaan persekutuan akan menjamin riwayat negara bangsa serta mengekalkan nilai dan identiti masyarakat Malaysia.
Terdapat beberapa ciri-ciri perlembagaan seperti berikut:
- Kestabilan dalam pemerintahan - Pemerintah melaksanakan tatacara
lazim yang menjadi kebiasaan umum supaya rakyat dapat mengambil bahagian
dalam pembangunan negara.
- Tanggungjawab keatas rakyat- Permintaan rakyat merupakan panduan
bagi kerajaan untuk bertindak.
- Perwakilan rakyat dipilih melalui pilihan rakyat.
- Pembahagiaan kuasa- Kerajaan bertindak sebagai pembuat dan
perlaksana dasar.
- Kerajaan bersifat terbuka- perbincangan diparlimen seperti
belanjawan negara dan pembuat dasar-dasar bahawa diumumkan menerusi media
supaya rakyat maklum.
Apakah pindaan Perlembagaan ? Perlembagaan boleh dipinda dari semasa ke
semasa. Tujuannya adalah untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga
keselamatan negara, melicinkan urusan negara, memastikan perlembagaan sesuai
dengan keperluan semasa, munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan
rela hati serta pindaan bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara
terbuka. Pindaan yang besar pernah dibuat terhadap perlembagaan Malaysia adalah
berkaitan dengan pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi YDPA dan raja yang
memerintah negeri daripada kesalahan jenayah pada tahun 1993. Terdapat beberapa
perkara yang tidak dapat dipersoalkan iaitu :
- Agama islam sebagai agama persekutuan
- Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu serta Bumiputera Sabah
&Sarawak.
- Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.
- Soal kerakyatan.
Pindaan Perlembagaan Malaysia |
No comments:
Post a Comment